Warkah (2019)
Nonton Film Warkah (2019) Sub Indo | REBAHIN
Nonton Film Warkah – Seorang pria yang kehilangan istrinya akan menjaga kedua anaknya agar berhasil dalam ujian. Kehidupannya yang sederhana berubah menjadi miskin ketika dia ditabrak mobil dan menjadi lumpuh. Kedua anaknya dan saudara laki-lakinya membantunya untuk hidup meskipun mereka mengalami begitu banyak kesulitan dan masalah. Kehidupan mereka menjadi lebih baik ketika PERKESO membantunya. Putranya mendapat warna cemerlang dalam ujian kemudian melanjutkan studinya ke sekolah yang lebih baik.
Alhamdulillah pihak Rollo De Pelicula telah mendapat jemputan daripada pihak Empire Film Solution untuk menghadiri tayangan media filem Warkah bertempat di MMcineplexes eCurve, Mutiara Damansara pada 7 Ogos 2019 yang lepas. Untuk pengetahuan anda semua, filem ini merupakan sebuah adaptasi kisah benar yang bermula daripada kiriman sepucuk surat oleh seorang remaja bernama Ikmal kepada Ketua Eksekutif PERKESO, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed yang menzahirkan rasa syukur serta berterima kasih atas bantuan dan jasa baik PERKESO di dalam membantu kehidupan keluarganya sehingga dia berjaya memperoleh kejayaan dalam pelajarannya apabila dapat belajar dan menetap di asrama sebuah sekolah elit.
Filem Warkah dibintangi oleh nama-nama pelakon yang hebat dan dikenali ramai iaitu Namron, Syazwan Zulkifli, Isyariana, Mohd Wafiy dan Puteri Rayyana Rayqa. Melihat kemunculan Namron sahaja sudah memberikan bayangan buat sesiapa sahaja yang menonton termasuk kami bahawa naskah ini pasti ada sesuatu yang menarik dan unik untuk diperkatakan. Jika dilihat kepada persembahan lakonan dan penjiwaan watak para pelakonnya, tidak dinafikan mereka semua berjaya memberikan persembahan yang cukup hidup, punya jiwa, meyakinkan dan kelihatan bersahaja untuk membuatkan kami sebagai penonton merasa dekat dengan setiap watak-watak ini. Namun, satu kelemahan yang ketara kami lihat dan rasai sendiri sewaktu menonton filem ini ialah berkaitan momentum penceritaannya yang agak perlahan. Walaupun motif utama berkaitan mesej atau nilai-nilai murni yang cuba diketengahkan ini sampai kepada kami yang menonton tetapi ianya berlangsung di dalam keadaan yang lambat atau bahasa mudahnya draggy. Hal ini begitu ketara dirasai pada separuh pertama bahagian filem ini berlangsung. Kami memahami filem Warkah ini bergenre drama dan tidak salah jika momentum penceritaanya perlahan namun ia sepatutnya perlu diperkuatkan dengan pemilihan rakaman-rakaman pemandangan, objek atau apa yang menarik dan mampu mencetuskan subteks tersendiri agar ianya tidak kelihatan seperti terlalu membazir masa dan nampak sia-sia. Jangan lupa untuk selalu cek Film terbaru kami di REBAHIN.